
12/09/2010- Hari ini raya ke-3, awak bangun tidur ummi dan walid bawak awak pergi pandai melihat pemandangan pagi. Cantikkan sayang, Subahanallah. Ramai dah kat pantai, sepupu-sepupu awak dah lama berendam. Awak tak mandi laut pun, ummi dan walid bimbang awak sejuk. Lain kali ya sayang. Nanti ada masa kita pergi mandi laut lagi ya.
Selepas balik dari pantai, kita berkemas untuk check out. Ummi siapkan awak dulu, kemudian walid dan ummi bersiap. awak comel sangat. Sayang awak. Ummi dan walid lapar la sayang. Awak ummi biarkan dengan nenek sementara ummi dan walid breakfast.
Lepas selepas makan, ada sesi fotografi depan chalet. Awak manja duduk dekat moyang. Comei la. Salam-salam semua, kita memulakan perjalanan ke Mersing.Nenek dan atok awak sukerela tunjuk jalan ke Mersing, dan seterusnya ke Terengganu.
Perancangan awal nak singgah di rumah tok su tapi tok su masih di Johor Bharu. Lepas makan tengah hari, bersalaman dengan atok dan nenek kita teruskan perjalanan ke Rumah Tok Ki.
Perjalanan yang sangat panjang, nasib awak baik dalam kereta. Tak banyak ragam.
Kita sampai rumah tok ki dalam pukul 10.30. Gembira la famili belah walid bila awak balik.
Lepas sorang-sorang nak pegang awak. Ummi dan walid lega, perjalan kita hari ini selamat, Alhamdulillah.
Esok kita beraya di Terengganu ya sayang. :)
No comments:
Post a Comment