
Tanggal 10/09/2010, Aidilfitri menjelma lagi. Tahun nie pertama kali awak beraya bersama ummi dan walid. Tahun ini kita satu famili pakai baju purple. Comei sangat anak ummi pakai baju melayu. Awak bangun lambat, walid dah g solat raya awak tak bangun lagi.
Ummi sibuk pagi tue, nak kena kemas rumah nenek, iron baju raya awak dan ummi dan yang lain. Walid balik awak bangun, kami mandikan awak, siap-siap nak beraya.
First thing, tentulah bersalam sesama keluarga sayang. Nanti awak dah besar pun awak kena buat tau. Lepas sesi bermaaf-maafkan, sesi pembahagian duit raya pulak. Waaa... bestnya, selalu ummi dan walid bagi duit raya, tahun ni awak lak dapat duit raya.
Dah selesai bertukar sampul berisi duit raya, kita semua pergi ke rumah moyang awak. Awak tidur sayang kat sana. Sepupu-sepupu awak semua main-main. Awak pulak tidur. Awak bangun saja kita ambil gambar bersama-sama moyang.
Untuk melengkapkan tradisi beraya, ummi dan walid bawak awak berjalan ke rumah saudara-mara ummi. Dari pagi tu sampai ke pukul 1 kita berjalan. Nie la masanya ummi dan walid nak kenalkan awak pada saudara mara kita. Ramai lagi yang tak pernah tengok awak.
Kita balik semula kerumah, sebab walid dan pak saudara awak nak solat jumaat. Ummi dan awak apa lagi, macam biasa la, masuk bilik dan tidur... hehehehe... penat sangat dah rasanya.
Balik sahaja walid dari solat jumaat, seperti perancangan sebelum ini, kita pergi ke Ujong Pasir ambil gambar studio satu famili. Awak masa pergi relax aje, sampai saja turn nak bergambar, awak menangis kuat-kuat. Camna nak bergambar sayang?
Selesai gambar satu famili besar. Kita ambil gambar famili kita aje. Awak dah cool down dah, sebab dah dapat 4oz susu. lapar rupanya anak ummi ni. Mesti comel gambar famili kita. Nanti ummi upload gambar tue ya sayang.
Balik dari studio, kita sambung lagi beraya. Dah lewat petang baru kita balik rumah. Ummi mandikan awak, minum susu, awak terus tidur.
Selamat Tidur Sayang. Esok kita start journey ke Rumah moyang di Kluang okay :)
No comments:
Post a Comment