Hari ni dah hari sabtu, sampai masanya kita balik ke Kuala Lumpur. Pagi-pagi ummi dan walid siapkan awak, kemas barang dan susun dalam kereta. Selepas makan nasi minyak masakan Tok Ma, kita pun bergerak balik.
Seperti perancangan awal, kita akan singgah di Desa Murni untuk membeli tudung yang dikirim oleh Mak Ude sebelum bertolak ke Losong untuk menghadiri Majlis perkahwinan 'saing' Walid.
Suasana di DM sangat panas oleh kerana ketiadaan elektrik. Ummi suruh walid jaga awak dalam kereta kerana kesian melihat awak dan walid yang kepanasan. Tak lama selepas itu, walid call ummi bagitahu kereta kita tak boleh dihidupkan. Ummi dengan rasa cuak berlari keluar.
Kesian ummi tengok awak, berpeluh sakan. Ummi ajak walid berehat di kedai makan sederet DM. Ummi bagi awak minum susu dan awak tertidur. Awak penat ya sayang. Sorry sayang, ummi tak tahu nak jadi begitu.
Dengan bantuan pak ngan dan pak ude awak, wakid 'jump' ke kereta kita. kereta berjaya dihidupkan, Alhamdulillah, leganya hati ummi. Destinasi seterusnya dah tentulah ke kedai menjual bateri kereta.
Selepas diganti bateri yang baru, kita terus ke Losong. Ni second time anak ummi ke rumah orang kawen. Berpanas anak ummi, sian dia. Lepas bersalam dengan pengantin. Tanpa berlengahkan masa kita terus ke DM semula. Walid bagi masa 10minit sahaja untuk ummi beli tudung. (macam explorace lak)
Awak menangis teruk sangat, bersalah pulak rasa sebab ummi nak berhenti di DM. Selepas dipujuk, awak tertidur. Ummi dan walid meneruskan perjalanan ke Rumah Tok Na.
Ummi salin baju dan pampers awak, awak dah semakin selesa. Nak mandikan awak tengah hari, takut awak demam pulak nanti.
Selepas makan dan bersolat, kita teruskan perjalanan ke KL. Juah nya perjalanan tue ummi rasa kan. Nasib walid tabah orangnya. Ummi teman walid sampai pukul 10 sahaja. Lepas tu Ummi dah tak tahan mengantuk, ummi tertidur. Kesian walid driving sorang-sorang.
Kita sampai ke KL pukul 12 Malam. Hebatnya perjalanan kita sayang. Awak mesti sakit-sakit badan kan? banyak sangat berjalan. Tahun depan kita naik flight pulak ya :)
Good Night Walid sayang. Good Night Haziq Sayang. Good Night tuk Ummi jugak :)
No comments:
Post a Comment